Tuesday, March 18, 2008

Wednesday, March 12, 2008

Seni Hiburan

Tan Sri P. Ramlie

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Latar belakang
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Aidil Fitri, 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengan dengannya.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Permulaan kerjaya seni
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Teknologi

Realiti maya atau Virtual reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fonkepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad.

Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti papan kekunci dan tetikus, atau melalui peranti direka khas seperti sarung tangan berwayar dan mesin jalan (treadmill) pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar, sebagai contoh, simulasi bagi juruterbang atau latihan tempur, atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR. Sebenarnya, amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya sebenar, kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, resolusi imej dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi menjadi semakin maju dan murah.
Realiti maya pada asalnya membawa erti sistem lengkap sepenuhnya, walaupun ia kemudiannya telah digunakan bagi menggambarkan sistem tanpa sarung tangan berwayar atau sut sentuh, contohnya seperti VRML dan X3D pada World Wide Web dan kadang-kala juga bagi sistem interaksi berasaskan teks seperti MOO atau MUD. Sistem realiti maya bukan penuh menggunakan skrin komputer biasa, dan pengguna mengawal persekitaran maya menggunakan tetikus atau peranti input lain. Istilah realiti maya (Virtual Reality) dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada "Virtual Programming Languages") yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980. Istilah berkait realiti buatan telah digunakan semenjak 1970 dan alam siber semenjak tahun 1984. Sistem hipermedia dan realiti maya pertama merupakan Aspen Movie Map, yang dihasilkan di MIT pada tahun 1977. Program tersebut merupakan simulasi maya kasar Aspen, Colorado di mana pengguna berjalan di jalan dalam tiga mod: musim panas, sejuk, dan poligon. Dua yang pertama berasaskan gambar – penyelidik telah mengambil gambar sebenar setiap pergerakan yang mungkin melalui grid jalan bandar dalam kedua musim – dan yang ketiga merupakan asas model 3-D bandar tersebut.

Sejarah

Piramid Agung Kufu


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Sastera

Sedikit tentang karya Joanne Kathleen Rowling
Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.

Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.

Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.

Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, juga telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh dunia pada 12.01 malam 16 Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Kastil Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, majlis pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian daripada pelancaran buku Harry Potter yang lain.telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.

Fakta Pilihan


Minyak adalah satu bentuk umum sebatian kimia yang tidak boleh bercampur dengan air, dan ia berada di dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan tersebut dikatakan juga sebagai hidrofobik or lipofilik. Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian. Mereka adalah berbeza daripada hidrokarbon lain, seperti alkohol, keton dan eter oleh ketidakkutubannya. Perbezaan mereka daripada lemak dan lilin adalah dari segi panjang rantai molekul.

Fesyen

Pegaruh Fesyen Gothik
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Pengaruh fesyen masyarakat Jepun semakin meluas di kalangan penduduk dunia seiring dengan kecanggihan teknologi perhubungan dalam era dunia tanpa sempadan sekarang ini. Bakat serta kreativiti yang ada dalam masyarakat Jepun menghasilkan satu aliran fesyen yang unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Begitupun, sesetengah penggemar fesyen arus perdana dan konvensional menganggap kreativiti yang ditampilkan agak berlebih-lebih, di mana hanya mereka yang ‘gila fesyen’ saja yang berani mencubanya.Ini khususnya di kalangan golongan muda yang berjiwa bebas dan obses dengan fesyen semasa.
Komen :
Pengaruh fesyen masa kini kebanyakannya mengarut! Buktinya; denga fesyenlah wujudnya budaya yang tidak sihat seperi Punk, Skinhead, Black Metal, Heavy Metal dll..Adalah tidak wajar masyarakat timur; khususnya yang beragama Islam mengikuti fesyen yang tutup sana, sini terbuka.