Wednesday, March 12, 2008

Komen Pedas

Reaksi Terhadap Petikan dari berita Utusan Malaysia (12 Mac 2008)
"Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang"

DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971. Penubuhan dasar ini mempunyai beberapa matlamat dan antaranya adalah untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi. Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.

Namun, masyarakat peribumi terutamanya Melayu perlu sedar akan betapa pentingnya dasar ini. Hal ini disebabkan dasar ini telah banyak membantu mereka. Melalui dasar inilah wujudnya gologan usahawan Melayu yang maju antaranya Dato, Syeikh Al-Bukhari.

Apabila Menteri baru Pulau Pinang iaitu Guang Eng hendak menghapuskan dasar ini, kita perlu berfikir dengan teliti kesannya. Jadi, janganlah kita menjadi seperti sudah jatuh baru tergadah.

No comments: