Wednesday, March 12, 2008

Sastera

Sedikit tentang karya Joanne Kathleen Rowling
Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.

Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.

Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.

Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, juga telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh dunia pada 12.01 malam 16 Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Kastil Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, majlis pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian daripada pelancaran buku Harry Potter yang lain.telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.

No comments: