Tuesday, March 18, 2008
Wednesday, March 12, 2008
Seni Hiburan
Permulaan kerjaya seni
Teknologi
Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti papan kekunci dan tetikus, atau melalui peranti direka khas seperti sarung tangan berwayar dan mesin jalan (treadmill) pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar, sebagai contoh, simulasi bagi juruterbang atau latihan tempur, atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR. Sebenarnya, amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya sebenar, kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, resolusi imej dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi menjadi semakin maju dan murah.
Sejarah
Sastera
Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling. Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak, Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone untuk jumlah sebanyak AS$4,000.
Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa. Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.
Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, juga telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh dunia pada 12.01 malam 16 Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di Kastil Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini, majlis pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian daripada pelancaran buku Harry Potter yang lain.telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam di Sekolah Sihir Hogwarts. Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.
Fakta Pilihan
Fesyen
Komen Pedas
DEB adalah dasar yang dimulakan pada tahun 1971. Penubuhan dasar ini mempunyai beberapa matlamat dan antaranya adalah untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula ekonomi Malaysia dengan matlamat menghapuskan pengenalan etnik berasaskan fungsi ekonomi. Dasar itu, yang pada prinsipnya telah pun berakhir pada 1991, mengandungi polisi affirmative untuk kaum Melayu dan bumiputera bertunjangkan semangat kontrak sosial dan usaha untuk membaiki kedudukan ekonomi bumiputera yang ketinggalan.
Namun, masyarakat peribumi terutamanya Melayu perlu sedar akan betapa pentingnya dasar ini. Hal ini disebabkan dasar ini telah banyak membantu mereka. Melalui dasar inilah wujudnya gologan usahawan Melayu yang maju antaranya Dato, Syeikh Al-Bukhari.
Apabila Menteri baru Pulau Pinang iaitu Guang Eng hendak menghapuskan dasar ini, kita perlu berfikir dengan teliti kesannya. Jadi, janganlah kita menjadi seperti sudah jatuh baru tergadah.
Isu ICT
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.
Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumat mengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunan modal insan bagi wilayah utara Semenanjung.
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara.
ASAS KECERMERLANGAN
Tuesday, March 4, 2008
DIALEK BALING
Bahasa juga mempunyai bermacam-macam ragam pengucapannya. Keragaman pengucapan ini dibentuk sendiri sama ada oleh individu atau masyarakat dengan tujuan tertentu. Antaranya adalah untuk difahami oleh kumpulan masyarakat tersebut sahaja. Maka, lahirlah perbezaan bahasa untuk mewujudkan keetnikkan dan keidentitian kumpulan masyarakatnya. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat.
Mengikut sejarah, negeri Perlis dan Pulau Pinang sebenarnya sebahagian daripada Kerajaan Besar Kedah. Namun kesan daripada konflik dalaman negeri Kedah dan tekanan pemerintahan luar, Kerajaan Besar Kedah telah menggadaikan Pulau Pinang kepada East India Company pada tahun 1786 dan Seberang Prai turut mengalami nasib yang sama pada tahun 1800. Kerajaan Kedah juga telah menyerahkan daerah Perlis kepada kerajaan Siam pada tahun 1821 dan menyebabkan daerah ini terpisah daripada pemerintahannya.
Salasilah Kedah menyatakan bahawa kawasan pemerintahan negeri Kedah pada awalnya meliputi negeri Sentol di utara (sekarang negeri ini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Thailand), negeri Perlis, negeri Kedah yang ada sekarang ini, dan pulau-pulau yang terdapat di baratnya seperti Pulau Lagkawi. Ketika Siam menawan negeri ini, Kerajaan Kedah telah dibahagikan kepada empat bahagian dan dua daripadanya ialah negeri Setol dan negeri Perlis. Oleh yang demikian, pertuturan masyarakat di Setol tidak banyak bezanya dengan percakapan masyarakat di negeri Perlis dan Kedah.
Dialek Kedah tersebar hingga ke Perak Utara berlaku atas beberapa faktor. Antaranya ialah faktor kawasan geografi, pemerintahan, peperangan dan penjajahan, perkahwinan, ekonomi dan teknologi telah menyebabkan dialek Kedah lebih mudah tersebar ke kawasan tersebut. Misalannya faktor perkahwinan terdapat seorang Menteri Kedah dan seorang keluarga diraja Kedah yang dikenal sebagai Tengku Akil (Tengku Ya’akub) dikatakan berkahwin dengan wanita Perak daripada golongan bangsawan1.
Dialek Kuala Kangsar mempunyai ciri-ciri yang bercampuraduk dengan ciri-ciri dialek Perak. Contohnya Kata Ganti Diri Ketiga mereka, bagi dialek Perak dan dialek Baling di Kedah menyebut dema tetapi dialek Kuala Kangsar menyebut kome. Oleh sebab itu, dialek Kuala Kangsar ini boleh dianggap sebagai kawasan peralihan dialek Kedah kepada dialek Perak. Di kawasan inilah boleh dikatakan berlaku penipisan dialek Kedah.
Dialek Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek-subdialek Perlis, Pulau Langkawi, Kedah Persisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang. Di samping itu, di Kedah juga terdapat dialek yang dikenali sebagai pelet Siam atau pelet Petani. Bahasa ini dituturkan oleh masyarakat di daerah Padang Terap, Sik dan Baling. Ketiga-tiga daerah ini mempunyai kedudukan yang bersempadan dengan Thailand dan Perak. Oleh sebab itu, bahasa ini berkemungkinan meresap ke daerah-daerah tersebut melalui perpindahan penduduk atau hubungan masyarakat melalui kegiatan-kegiatn tertentu seperti hubungan ekonomi.
Masyarakat di Baling dan Sik yang menuturkan dialek Petani juga memperlihatkan banyak persamaan dengan dialek Kelantan dan Terengganu.
PERANAN BAHASA MELAYU
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.
2) Lambang jati diri
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.
6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.
7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya
Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.